Friday, October 22, 2010

WANITA MENANGIS?..

Wanita sering dikaitkan dengan menangis..Apabila ditanya mengapa, hanya dijawab kerana mereka seorang wanita...Terdengarlah bisikan bahawa

1. Apabila aku menciptakan wanita, aku menjadikan bahunya kuat  untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberikan kedamaian

2.Apabila aku menciptakan wanita, aku memberikan kekuatan dari dalam untuknya mampu untuk melahirkan anak dan menerima penolakan daripada anak-anak

3.Apabila aku menciptakan wanita, aku memberinya kekerasan agar dia tetap tenang dan tegarketika orang lain menyerah dan terus mengasuh keluarga dalam penderitaan tanpa mengeluh

4.Apabila aku menciptakan wanita,aku memberikannya kepekaan untuknya mencintai anaknya bahkan ketika anaknya menyakiti hatinya

5. Apabila aku menciptakan wanita, aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi kehidupan suaminya

6.Apabila aku menciptakan wanita, aku memberikannya kebijaksanaan untuknya mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan menyakiti isterinya dan memberikan kekuatan untuknya terus berada disamping suaminya

7.Dan akhirnya, aku memberikannya air mata untuk dititiskan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya

***

Kecantikan wanita bukanlah pada paras rupanya,pangkat dan darjat...kecantikan wanita harus dilihat dari matanya kerana disitu dapat dilihat cinta yang tetap di hatinya

No comments:

Post a Comment