Thursday, May 28, 2009

Salju Sakinah

Aku baru menghabiskan karya Zaid Akhtar, Salju Sakinah.Karya ini telah mendapat anugerah The National Bestseller kerana telah terjual sebanyak lebih 30,000 naskhah.Salj Sakinah, Salju kedamaian menggambarkan suasana islamik yg begitu indah yang sesuai untuk dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.Diceritakan bagaimana Sumayyah mengendalikan hidupnya sebagai seorang muslimah, walhal sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang yang dihormati di kalangan ahli-ahli PERMAYA.Diceritakan juga bagaimana Sumayyah menerima berita kepergian ayahnya menghadap Ilahi dan tanggungjawab yang telah dipikul di bahunya.Pertemuan semula Sumayyah dengan Luqman semasa kunjungan jejaka itu bersama ibunya Ustazah Samihah di rumahnya sewaktu dia baru menjejakkan kaki di bumi Malaysia.Di dalamnya juga menceritakan bagaimana Sumayyah menghadapi tohmahan dan pandangan keji dari Zaleha yang tidak menyukainya.Dan kakak dan abang iparnya yang terlibat dengan ajaran sesat yang dibawa oleh Tok Ayah.Khabaran yang dibawa oleh Hakimah dari Jordan yang menuntut pemergian keduanya untuk menunaikan janji turut diselitkan di dalam cerita ini.Segala yang berlaku ada hikmahnya, hikmahnya dia kembali semula ke Jordan menjanjikan kebahagian untuk seumur hidupnya, lamaran yang dibawa oleh Naufal telah diterima atas restu umi.Nasib Sumayyah yang semalaman menunggu Naufal sepergiannya ke Amman membuahkan risau di hati.Berita kemalangan yg membabitkan bas dr Amman amat meresahkan.Namun Sumayyah tetap kuat dan bersabar sehingga keesokannya Naufal pulang ke pangkuannya.Itulah bukti cinta Sumayyah pada suaminya yang tercinta.

Karya islamik ini betul-betul telah menarik perhatianku.Penggunaan tatabahasa Arab digunakan di dalam novel ini.Aku tertarik dengan budi bahasa yang perlu ditunjukan kepada orang tua terutama ibu kita sendiri,bagaimana pergaulan di antara lelaki dan perempuan, bagaimana untuk menghadapi sesuatu musibah.

Sunday, May 24, 2009

...TINTA BERMULA...


       Assalamualaikum pembuka bicara, semoga membawa barakah dalam perjuangan hidup hambaMu ini.

Ya Allah,kau tunjukkanlah aku jalan yang membawa aku ke jalanMu , jalan yang penuh keredhaanMu.Ya Allah, aku mohon kepadaMu, kurniakanlah aku ketetapan hati untuk sentiasa mengingatiMu dengan zikrullah.Ya Allah, kurniakanlah aku dengan ketapan iman untuk sentiasa berpaksi keatas agamaMu.Ya Allah, jadikanlah aku insan yang sentiasa rendah diri dalam apa jua yang aku lakukan, kerana aku tahu segala yang aku lakukan adalah sia-sia tanpa keredhaanMu.

Salam tinta buat sahabat semua,sudi-sudilah mendengar tinta hati dari insan kerdil ini.

Hidup ini ibarat berjuang, berjuang mencari petunjuk hidup.Dalam hidup kita perlu ada tujuan.Tujuan itu yang membawa perjuangan kita ini kejalan yang diredhai atau sebaliknya.Samalah-samalah berdoa agar segala yang dilakukan mendapat keredhaan yang Maha Esa.